Antara Sutera dan Bulan by Damasutra

September 12, 2007

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN

Dan selembut bak sehalus sutera
desiran angin terasa
Dan rembulan menatap riang
kewajah malam asyiknya

Diantara sutera dan bulan
terlihat wajahmu kasih
sedang merenungku dalam dilema rindu

Diantara lembut dan halus
engkau bisikan sesuatu
diantara engkau dan aku
masih kau pendam rahsia

mengapa antara kita
engkau masih berahsia masih
sedangkan aku engkau biarkan lesu

ketuk
bukalah pintu
atau jendela waktu
buka
pintu kasihmu
agar kasih bertemu

restulah
hulurkan tanganmu
kasih aku merayu
kasih usah membisu
kasih aku menunggu
tanpa ku rasa jemu


Srikandi Cintaku by Bloodshed

September 12, 2007

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN

Srikandi Cintaku
by Bloodshed

Dingin malam tirai kenanganku

Menyerlahkan sekurun ingatan

Tercsiptalah rimba kehidupan

Percintaan dalam perjuangan

Kesetiaan sebagai bekalan

Bisikan penuh pengharapan

Tiada garis dapat memisahkan

Segalanya kudratMu Tuhan

Alam bagai mengerti

Segala yang terjadi

Embun menitis panas simpati

Pertemuan tiada awal akhir

Perutusan berdarah ku terima

Gugur kuntum di tengah halaman

Medan ini kurasakan sepi

Terpaku pilu

Ku semaikan pepohon kemboja

Yang bunganya adalah hati ku

Semadilah dalam kedamaian

Semangatku tetap bersamamu

Kan kuusung oh! jenazah cinta

Semadikan nisan kasih suci

Semangatmu tetap bersamaku

Selama pasti

Debu malam meragut kenangan

Menyedarkan dari lamunanku

Percintaan dalam perjuangan

Kau abadi Srikandi Cintaku


Demam by Candy

September 12, 2007

KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN

Apa tak kena ku?…Semuanya tak betul
Sampai duduk pun tak boleh diam
Siang ku terganggu.Malam ku tak tidur
Terasa bagai dilanda demam

Makin ku rasakan hilangnya kawalan
Bila kau muncul dalam pandangan
Darah ku gemuruh bertitisan peluh
Jantung tercicir satu degupan

Diri ini dah dilanda demam.

Demam cinta suhu yang membara
Membara di dalam jiwa
Jiwa yang selama ini dingin tak berhuni

Kamulah puncanya demam cinta
Cinta hangat yang ku damba
Jemputlah ke dalam kalbu
Kerana ku mahukan kamu

Adakah ini hanya bahang sementara
Ikutkan sangat kehendak hati
Tapi kerana kau ku terigau-igau
Mungkin itu isyarat ku pasti

Ku pusing kiri..ku pusing kanan
Wajahmu sering dalam bayangan
Takkan ku mengalah walau nanti padah
Sakit pun kan ku tabah meredah

Diri ini dah dilanda demam


IKLIM

September 12, 2007

Kumpulan Iklim adalah merupakan kumpulan rock yang muncul pada dekad 90-an. Kumpulan ini sinonim dengan penyampaian lagu yang berirama rock perlahan (slow rock). Kumpulan Iklim dianggotai oleh empat anak muda yang berasal dari Terengganu. Anggota asalnya adalah terdiri daripada :-

  1. Saleem (Vokalis asal)
  2. Umarul (Gitar utama)
  3. Mohalim (Bass)
  4. Huzali (Keyboard)
  5. Kama (Pemain dram)

Kama (drumer) keluar setelah 7 tahun bersama Iklim akhir 1996.

Album

  1. Satu Kesan Abadi – IKLIM (hits:Suci Dalam Debu,Hakikat Sebuah Cinta,Satu Kesan Abadi)
  2. Bulan Jatuh Ke Riba – IKLIM (hits:Bulan Jatuh ke riba,Gerhana Cinta Luka,Selamat Tinggal Penderitaan)
  3. Budi – IKLIM (hits:Budi, Blues Terengganu Kita, Mimpi Yang Pulang)
  4. Dunia – IKLIM (lagu semasa di ITM Pahang. (hits:Bukan Aku Tak Cinta, Dunia, Mimpi Yang Pulang)
  5. Seribu Penghargaan – IKLIM( hits: Seribu Penghargaan,Sheila, Aduhai Seribu Kali Sayang)
  6. Bukan Niatku-Iklim – (hits: Bukan Niatku, Kasih Syurgawi)
  7. Salam Perpisahan – Iklim (hits: Karam Di Lautan Duka, Puteri)
  8. Dirgahayu – iklim (Lagu utk Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang)
  9. Pergimu Satu Tanda – Iklim (hits: Pergimu Satu Tanda, Mencari Tanda Cinta, Biarlah)
  10. Bunga Emas – Iklim (hits: Bunga Emas, Insan Seni, Debu-Debu Rindu)

Lagu Yang Top

  1. Suci Dalam Debu
  2. Hakikat Sebuah Cinta
  3. Satu Kesan Abadi
  4. Sandiwara Cinta Semusim
  5. Amma-Rah
  6. Seribu Penghargaan
  7. Bulan Jatuh Ke Riba
  8. Gerhana Cinta Luka
  9. Sayembara
  10. Elusan Cinta
  11. Selamat Tinggal Penderitaan
  12. Budi
  13. Mimpi Yang Pulang
  14. Mahligai Seribu Mimpi
  15. Blues Terengganu Kita
  16. Sheila
  17. Datang Dan Pergi
  18. Namun Ku Punya Hati
  19. Aduhai Seribu Kali Sayang
  20. Rumah Kecil Buluh Semambu
  21. Bukan Aku Tak Cinta
  22. Dunia
  23. Patah Ranting Di Cermin Usia
  24. Di Pintu MAhligai
  25. Sebenarnya Kata Pujangga
  26. Bukan Niatku
  27. Kasih Syurgawi
  28. Bukan Ku Tak Sudi
  29. Sambutlah Tanganku
  30. Karam Di Lautan Duka
  31. Pergimu Satu Tanda
  32. Bunga Emas
  33. Debu Debu Rindu